Form 2

BAB 1: KEDUDUKAN
1. Umum.

Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali
juga sebagai ‘global address’.
Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor
yang mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.
Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan
latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.
Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang
lain ialah 111Km.
Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan apabila
berada di garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya
98Km sahaja.
Eratosthene (276 – 194 SM) merupakan orang pertama membentuk perkataan
Geografi, merupakan tokoh yang menghasilkan sistem garisan bujur dan garisan
lintang dan berjaya mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.

2. Sistem Pemetaan.

Dalam sistem pemetaan, permukaan bumi dipetakan dengan menggunakan sistem
Peta Grid.
Dalam sistem ini semua tempat dipetakan berdasarkan sistem nombor berdasarkan
pada garisan latitud dan longitud.
Sesuatu kawasan boleh dipetakan atau boleh dicari dalam sistem grid dengan hanya
memberikan dua nombor rujukan yang merupakan kedudukan garisan latitud dan
garisan longitud yang merupakan titik persilangan kedua-dua garisan.
Pemetaan permukaan bumi di dalam sistem penentuan lokasi berasaskan
teknologi moden seperti Global Positioning System (GPS ) memanfaatkan sistem
peta grid dalam penentuan lokasi dengan tepat.

3. Garisan latitud.

Garisan ini adalah garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan
khatulistiwa di dalam pemetaan permukaan bumi.
Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (°) dari 0° hingga 90° utara dan selatan.
Garisan latitud 0° iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang
membahagikan bumi kepada 2 zon iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
 
Rajah 1.1: Garisan latitud

Rajah 1.2: Garisan latitud utama.

Garisan khatulistiwa merupakan garisan latitud yang mempunyai ukur lilit paling
panjang iaitu 45,075.16 kilometer.
Garisan latitud berfungsi sebagai penentu lokasi atau kedudukan di atas peta dan
glob.

B1 Latihan 1

1. Kedudukan sesuatu tempat di atas peta dunia ditentukan dengan titik persilangan antara
___________________ dan __________________.
2. Garisan latitud dilukis secara ________________ di atas glob.
3. Garisan khatulistiwa membahagikan bumi kepada 2 bahagian iaitu ________________ dan
________________________.
4. Garisan latitud yang terpanjang ialah garisan __________________ yang mempunyai ukur
lilit ______________ kilometer.
5. Tokoh geografi yang pertama menghasilkan garisan bujur dan lintang ialah __________
6. Labelkan garisan yang bertanda P, Q, R, S dan T